2222222222222222222222222222222222222222222222222
firman:Al-Hijr 49-50
Beritakan oleh mu pada hambaku bahawa sesungguhnya Allah adalah maha pengampun lagi maha kasih sayang,sungguh seksaan dari Allah amat pedih
Kisah turunnya ayat ini
Ayat ini diturunkan,pada satu ketika nabi keluar berjumpa dengan sahabat pada masa itu mereka sedang ketawa
Kata Nabi ," kenapa kalian sama sama ketawa,padahal hadapamu ada ancaman besar iatu nereka, maka datanglah Jibrail dan berkata ! hai Muhammad janganlah kamu putuskan harapan mereka kerana Allah maha pengampun gambar hiasan
Wednesday, September 16, 2009
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 5:08 AM 0 comments
Friday, September 4, 2009
ARKIB : 04/09/2009
Aura Ramadan suburkan sedekah
|
bubur lambuk Kampung Baru, Kuala Lumpur diadakan hasil sedekah orang ramai. |
MENJELANG Ramadan, maka antara perkara yang sering diingati oleh umat Islam ialah amalan sedekah dan zakat. Sebenarnya, zakat juga adalah sedekah; namun ia adalah sedekah yang wajib. Misalnya Allah SWT menyatakan: "Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah" (at-Taubah: 103), maka makna 'sedekah' di sini adalah zakat. Begitu juga apabila Allah SWT menyatakan: "Sesungguhnya sedekah itu adalah untuk fakir, miskin, amil, muallaf…" (at-Taubah: 60), maka sekali lagi, 'sedekah' yang dimaksudkan oleh Allah SWT di sini ialah zakat.
Oleh itu, kita dapat membahagikan amalan sedekah di bulan Ramadan ini kepada dua, iaitu sedekah sunat dan sedekah wajib (zakat). Sedekah sunat memang sudah menjadi sesuatu yang sebati, khususnya di dalam jati diri masyarakat Melayu-Islam.
Misalnya, jika di kampung-kampung, amalan memberi sedekah walaupun sepiring kuih atau pengat pisang, memang diamalkan sejak turun-temurun. Natijahnya, apabila jiran saling bertukar juadah, maka makin suburlah ukhuwah. Inilah hebatnya aura sedekah.
Namun begitu, arus pemodenan semakin menghakis budaya atau amalan saling bertukar juadah yang berupa sedekah ini. Masyarakat Melayu-Islam yang tinggal di bandar besar, makin sibuk untuk menghulurkan walau sepiring cekodok pisang kepada jiran di sebelah pagar atau jiran yang berkongsi dinding dengannya.
Sedangkan, mereka tinggal di rumah teres atau apartmen, yang masing-masing berkongsi dinding, lantai bahkan bumbung. Maka, inilah cabaran kehidupan moden dalam mengekalkan tradisi bersedekah khususnya di bulan Ramadan.
Di samping itu, kita juga seharusnya merebut pahala yang lebih besar dan utama sepanjang Ramadan ini dengan memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa.
Ironinya, senario ini lebih subur di kawasan bandar dan ia agak asing jika di kampung. Agaknya, inilah pula kelebihan di bandar besar. Pengalaman penulis sendiri saat belajar sehingga berkerja di Kuala Lumpur, sempat beberapa kali berbuka puasa secara percuma di beberapa buah masjid beramai-ramai dan ia amat meriah.
Masjid-masjid ini pasti telah mendapat tajaan daripada individu mahu pun syarikat umat Islam yang pemurah, sehingga mereka mampu menyediakan makanan kepada umat Islam dalam jumlah yang besar setiap hari.
Dalam menegaskan hal keutamaan memberi makan orang berbuka puasa ini, Nabi Muhammad SAW sendiri menyatakan: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka dia akan beroleh pahala seperti mana pahala orang yang berpuasa itu tanpa pahala orang itu dikurangi sedikit pun," (riwayat Ahmad, an-Nasai, Termizi, Ibn Majah dan Darimi dan disahihkan oleh al-Albani)
Namun, bagaimana pula dengan amalan moreh, iaitu memberi makan kepada umat Islam di masjid dan surau setelah mereka mendirikan solat Tarawih? Sebenarnya, amalan ini bukanlah sesuatu yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW.
Tiada satu pun hadis yang menunjukkan nabi dan para sahabatnya makan beramai-ramai atau nabi menganjurkan agar diberi makan kepada orang yang sudah bertarawih. Bahkan, amalan ini lebih merupakan tradisi orang Melayu di negara ini sahaja. Ia tidaklah dijadikan amalan lazim walau di negara-negara Arab sendiri.
Namun, kita mungkin boleh mengambil sudut pandangan yang positif dalam hal moreh ini. Sesungguhnya, majlis moreh ini adalah tradisi yang sekian lama telah diamalkan di kampung-kampung.
Bahkan jika di kampung, masjid atau surau telah menyediakan satu jadual khas yang tertera seluruh nama ketua rumah di kampung berkenaan dan juga tarikh mereka perlu membawa juadah ke masjid atau surau sebagai moreh. Maka, dari satu sudut mungkin tradisi ini sesuai diamalkan di kampung, justeru amalan menjamu orang berbuka puasa adalah amat jarang dilakukan.
Dari satu aspek lain, dengan adanya juadah yang dinamakan moreh ini, ia menjadi 'umpan' bagi menarik anak-anak remaja dan orang-orang muda agar lekat di masjid sehinggalah tamat 23 rakaat solat tarawih dan witir.
Bahkan, amalan moreh ini juga mampu mendekatkan ukhuwah di kalangan penduduk kampung. Namun, janganlah sampai jamuan moreh ini membazir pula, maklumlah masing-masing sudah kekenyangan waktu berbuka puasa.
Di samping itu, moreh juga sepatutnya tidak membebankan umat Islam, memandangkan ia bukanlah suatu sunnah yang menjadi keutamaan di bulan puasa.
Timbul persoalan, kenapakah umat Islam menjadi begitu pemurah pada bulan Ramadan? Ada orang yang kedekutnya bukan main pada bulan-bulan lain, namun menjadi pemurah pula di bulan Ramadan.
Malah ada yang begitu mudah melakukan amal kebaikan termasuklah bersedekah. Setiap hari tidak lokek menghantar pisang ke masjid atau menaja bubur lambuk.
Bagi menjawab soalan ini, bukankah Nabi Muhammad SAW ada menyatakan: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan akan dirantai semuanya." (riwayat Bukhari, Muslim, Nasai, Ahmad dan Baihaqi)
Hadis ini hakikatnya adalah suatu simbolik, bahawa sepanjang Ramadan manusia secara alaminya akan terdorong menjadi baik. Sebab itulah kita mampu melihat ada orang yang malas solat sebelum Ramadan, namun berubah menjadi rajin bahkan tidak meninggalkan solat tarawih.
Ada muslimah yang tidak menjaga aurat pun akan mengenakan busana yang lebih sopan sepanjang Ramadan. Bahkan ada kaki rokok akan menjadikan Ramadan sebagai detik awal bagi mereka menghentikan tabiat merokok. Kerana apa? Ya, kerana aura Ramadan yang mulia dan begitu kuat telah mendorong kita agar menjadi lebih lunak mentaati Allah SWT, termasuklah dalam bab bersedekah ini.
Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW ada menyatakan: "Sebaik-baik sedekah adalah pada bulan Ramadan" (riwayat Termizi)
Kehebatan sedekah Ramadan
Kemudian, mari kita telusuri lagi kehebatan amalan bersedekah di bulan Ramadan ini. Di dalam kitab Mustika Hadith, ada dicatatkan sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW ada menyatakan: "Sesiapa mendekatkan dirinya (kepada Allah pada bulan Ramadan) dengan mengerjakan amalan fardu, seolah-olah dia sudah mendapat 70 pahala fardu pada bulan lain. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardu pada bulan yang lain." (riwayat Ibn Khuzaimah)
Hakikatnya, hadis ini adalah suatu motivasi paling hebat yang mampu mendorong kita untuk meningkatkan amalan bersedekah sepanjang Ramadan. Bayangkan, jika kita memberikan derma ke tabung masjid sebanyak RM1,000, maka ia akan diberikan pahala seolah-olah kita sudah berzakat RM1,000.
Tetapi, jika kita benar-benar menunaikan zakat RM1,000, maka di sisi Allah SWT kita seolah-olah sudah menunaikan zakat sebanyak RM70,000. Amat besar ganjarannya di sisi Allah dan sudah pasti kita tidak patut melepaskan peluang keemasan ini.
Sehubungan dengan itu, maka tepatlah Ramadan ini menjadi sebuah sekolah tarbiah rohani yang terbaik buat kita, yang disediakan oleh Allah SWT.
sumber berita harian
Ini kerana, pada bulan inilah kita benar-benar menghayati pelbagai amalan sunat khususnya dalam bab meraikan sedekah dan zakat.
Mudah-mudahan, setelah 30 hari dilentur nafsu kita dan 30 malam dicanai rohani kita melalui qiyamullail, maka kita akan benar-benar menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: "Maka sesiapa yang berpuasa (di siang hari) dan malamnya mendirikan qiam dengan penuh keimanan dan kebersihan hati (ihtisabaan), maka akan dihapuskan dosa mereka seperti mana pada hari mereka diperanakkan." (riwayat Ahmad dan an-Nasai). Wallahua'lam.
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 11:44 AM 0 comments
Sunday, August 23, 2009
PERGAULAN DAN PERSAHABATAN
Ketahuilah bahawasanya pergaulan itu adalah buah daripada kemurnian budikeperti,manakala perpecahan pula adalah buah daripada kejelekan budikeperti.Maka kebaikan dan kemurnian budikeperti itu menularkan sikap saling cinta mencintai,bersatu padu antara satu dengan yang lain dan berhaluan satu,manakala kejelekannya budikeperti membuahkan sikap saling benci membenci,dengki antara satu yang lain dan bermusuh-musuhan
Mengenai kebaikan budikeperti ini,sudah tidak sampai lagi keutamaan dalam agama, sebab dengan sifat inilah Allah subhanahuwataala telah memuji nabi-Nya alaihi al-salam dalam Firman-Nya
“sesungguhnya engkau memiliki budikeperti yang luhur”
Al-Qalam:4
Rasulullah s.a.w bersabda:
“kebaikan sebab memasukkan manusia kedalam syurga,ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budikeperti”
Sabdanya lagi:
“aku diutus untuk menyempurnakan kebaikan kebaikan budikeperti”
Dengan itu sudah jelaslah,bahawa buahnya budikeperti yang baik menimbulkan rasa perpaduan dan menghalang rasa kesepian jiwa.dalam hal ini terdapat banyak huraian yang menyimpulkan berbagai bagai kepujian terhadap sikap perpaduan itu,terutama sekali bila yang menyebabkan ikatan itu,ialah takwa atau agama atau cinta kepada Allah.
Kepujian kepujian itu ada yang terdiri daripada ayat – ayat al-quran,hadis-hadis rasulullah s.a.w atau *atsar para sahabat dan tabiin semuanya cukup dan lengkap
*( Al-Atsar(atsar)
Dari segi bahasa bermaksud kesan sesuatu. Manakala dari segi istilah pula, ia bermaksud,sesuatu perkataan atau perbuatan sahabat dan tabiin.)
Allah subhanahuwataala berfirman untuk memperlihatkan kebesaran kurniaan keatas kaum mukmin: firman-Nya
“maka kamu sekalian,dengan sebab kurnian itu menjadi saudara”
Al-Imran:103
Maksud dari ayat tersebut ,ialah kurnia perpaduan antara satu dengan yang lain,Allah subhanahuwataala mencela perpecahan,dan menegah dengan keras sikap itu dalam
firman-Nya
“Berpegan teguhlah dengan tali Allah bersama-sama dan janganlah berpecah belah”
Al-imran:103
Rasulullah s.a.w pula bersabda
“sesunggunya orang yang paling hamper kepadaku,ialah orang yang paling terbaik budikepertinya.mereka yang bersikap merendah diri dansenang bermesera dan dimesrai”
Sabdanya lagi
“seorang mukmin ialah orang yang senang bermesera dan dimeserai,dan tiada gunanya pada orang yang tidak tahu bermesra dan tidak suka dimeserai”
Sabdanya lagi
“siapa yang dikehandaki oleh Allah kebaikan baginya,dikurniakannya teman yang soleh,apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu”
Sabdanya lagi
“Tiadalah dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah,melainkan yang lebih dicintai oleh Allah,ialah orang yang lebih banyak cintanya kepada rakanya”
Sabdanya lagi
“sesungguhnya Allah subhanahuwataala telah berkata:sudah pastilah kencintaan-Ku itu terhadaporang-orang yang ziarah menziarahi kerana-Ku,sudah pastilah kencintaan-Ku itu terhadap orang - orang yang cinta mencintai kerana-Ku.sudah pastilah kencintaan-Ku terhadap orang-orang yang bersusah payah kerana-Ku,sudah pastilah kecintaan-Ku itu terhadap orang-orang yang tolong menolong kerana-Ku”
Sabdanya lagi
“sesungguhnya orang yang amat dicntai oleh Allah,ialah orang yang senang bermesra-mesra dan senang dimeserai dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka memecahbelahkan antara sesama saudara”
Dari atsar pula apa yang diriwayatkan dari al-“Fadhil rahimahullahutaala,katanya:
Eangkau ingin menetap dalam syurga firdaus dan harap bertetangga dengan Allah dalam rumah-Nya(syurga) bersama sama para nabi dan shadiqiin,syuhada dan shalihin ! amalan apakah yang anda kerjakan? syahwat manakah yang telah anda tinggalkan? Kemarahan yang mana satukah anda telah menahan diri? Keluarga yang manasatukah yang anda perhubungkan ? kekhilafan saudaramu sudahkan anda maafkan? Orang dekat yang manakah yang anda jauhkan kerana mencari keredhaan Allah?dan dengan orang jauh yang mana telah anda dekatkan kerana mencari keredhaan Allah!”
Dia berkata lagi:seorang yang mengamatamati wajah saudaranya kerana cinta dan rahmat adalah melakukan suatu ibadah
Menentukan cinta kerana Allah
Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah sematamata,bila anda mencintai seseorang bukan kerana peribadinya malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya
Misal cinta ini ialah:seorang yang mencintai gurunya,sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalanya,sedangkan tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan amalan yang baik itu,ialah keselamatan diri dihari akhirat.inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-semata
Misal yang lain ialah:seorang guru yang mencintai muridnya,sebab kepadanya guru itu dapat menurunkan ilmu pengetahuan,dan dengan sebab itu pula guru itu memperolehi pangkat seorang pendidik atau guru,orang ini juga dikira cinta kerana Allah sematamata
Begitu pula orang yang bersedekah dengan hartabendanya kerana menuntut keredaan Allah atau orang yang suka mengudang tetamu dirumahnya lalu menghidangkan berbagai bagai makanan yang lazat semata mata ingin mendekatkan diri pada Allah,kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya
Kerana kemahirannya menyediakan makanan yang lazat,cinta ini juga dikira sebagai cinta pada Allah
Misal yang lain lagi seperti orang yang suka menyampai sedekah kepada orang yang memerlukan,maka perilakunya juga dikira cinta kerana Allah atau orang yang mencintai pekerja yang membantu menyucikan pakaiannya,membersikan rumahnya,memasakan makananya yang mana ia terlepas dari tugas itu dan senanglah ia untuk menuntut ilmu atau membuat pekerjaan yang lain sedangkan tujuan utama mengadakan pembantu hanyalah tak lain ingin melapangkan masa untuk memperbanyakan ibadah dan orang ini juga dikira cinta kerana Allah
Cukup lah dengan contoh contoh yang telah dipaparkan atau boleh juga diambil dari contoh lain asalkan ia adalah kerana Allah juga direda
Segolongan para salaf soleh yang terdahulu sering kali segala keperluan ditanggung oleh hartawan yang murah hati , jadi dalam hal ini kedua dua pihak tergolong dari pencinta pencinta yang mencari keredhaan Allah
Jika seorang lelaki telah menikahi wanita yang soleh untuk mengawal dari godaan syaitan serta memelihara iman atau mendambakan seorang anak yang soleh dari pernikahan mereka atau mencintai isterinya kerana menerusi siterinya dia dapat sampai kearah yang suci ia juga dikira pencinta kerana Allah
Demekianlahpula jika seseorang itu dalam hatinya cinta kerana Allah dan dunia,sebagaimana mereka yang mencintai guru yang telah mendidiknya kearah wawasan ilmu yang dapat membibing menuju keredhaan Allah,lalu ia mencukupi segala keperluan gurunya didunia dengan wang ringgit dan juga berbagai kemudahan lain sekadar yang mampu,maka ia juga dikira mencintai kerana Allah
Mengertilah bahawa syarat syarat mencintai Allah itu bukanlah meninggalkan segala kekayaan dunia ini,ini kerana para Nabi juga sering menyeru umatnya agar berdoa meminta pada Allah taala semuga dicukupi segala keperluan dunia dan akhirat
Sepertimana yang diketahui oleh semua bahawa Allah menyeru kepada hambanya agar meminta minta pada-Nya,begitu juga para nabi nabi terdahulu dan terakhir juga menyuruh umatnya meminta pada Allah disamping berusaha dan bertawakal.
Sebagai contoh”marilah sama kita renungi sepotong Qalam Allah
“wahai tuhan kami! Berikanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat”
Untuk renungan dan pengajaran bersama,bahawa harta dunia ini juga amat diperlukan,kerana dengannya dapatlah membantu meringankan mereka mereka yang patut dibantu demi kebaikan.Hasilnya juga baik dinegeri akhirak nanti
Kerana segala yang ada ini merupakan rahmat yang diberi pinjam oleh Allah kepada Manusia
Dalam sebuah doa yang diketahui umum bahawa ada menyebut kerahmatan,ini bermakna dengan kerahmatan Allah itulah juga adanya apa yang dimiliki olehsemua makhluk ini
“ya! Allah ya! Tuhanku sesungguhnya daripada mu kerahmatan yang dengannya aku boleh memperolehi pangkat kerahmatan-Mu didunia dan akhirat”
Bila rasa kencintaan pada Allah telah kukuh dihati dengan berbagai bagai darjat disisi Allah,maka balasan kebaikan juga berbeza dari maha Adil dan saksama sebagai mana Nabi s.a.w menegaskan, bahawa kamu akan menerima apa yang kamu lakukan”dengan pengertian ini juga kefahaman akan timbulah perasaan suka membantu dan menolong samada dengan harta benda,tenaga,kata-kata nasihat dan berbagai-bagai malah ada yang tidak memiliki kepentingan lagi kerana sudah habis dibelanjakan untuk membantu orang yang dicintai
Manakala ada juga yang menentukan sebahagian keperluan untuk diri dan sebahagian yang lain deserahkan kepada orang yang dicintai,dan ada juga mereka yang membahagi dua harta kekayaan,dan ada yang membahagi satu pertiga,satu persepuluh juga berbagai bagai cara lagi. Begitulah watak- watak para pencinta Allah
Mereka yang mencintai kerana Allah,akan merasa amat bersalah dan duka cita yang amat, jika berlaku kekhilafan.Mereka juga sanggup berjumpa dengan orang yang terkhilaf itu untuk menjelaskan dan memohon kemaafan juga berjanji hal seperti yang dimaksudkan tidak akan berulang.Manakala ada juga yang sama-sama terus melupakan jika berlaku kekhilafan dan terus menerus mencintai kerana Allah
Wallahua`lam
Sifat yang harus diperhatikan dalam memilih sahabat
Ya! Kita selalu berkata”kawan gembira senang dicari,kawan menangis susah didapati”memang diakui oleh semua lapisan masyarakat.mengapa ia berlaku.Adakah tersalah pilih atau kurangnya sifat berhati-hati.lihat apa yang telah digariskan dalam kitab”Bimbingan mukmin”
Ketahuilah bukan semua manusia patut dijadikan sahabat yang akrab
Nabi s.a.w bersabda:-
“seseorang itu atas agama(perjalanan)rakanya.hendaklah seseorang kamu memerhatikan
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 11:14 PM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
SELAMAT DATANG RAMADHAN
| KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA Kelebihan Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah.” Surah Al-Baqarah : 185. Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat. Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan. Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah) Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
Syarat-syarat wajib puasa ada empat perkara:
Syarat-syarat sah puasa ada enam perkara:
Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa adalah:
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
Puasa tidak akan terbatal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
Perkara-pekara yang makruh dilakukan oleh orang yang berpuasa adalah:
Beberapa adab-adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:
Beberapa adab-adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:
Hukum-hukum meninggalkan puasa terbahagi kepada empat : 1. Wajib qadha’
2. Wajib qadha’ dan wajib membayar fidyah.
3. Tidak wajib qadha’.
4. Tidak wajib qadha’ tetapi wajib membayar fidyah.
Beberapa Catitan Penting : 1. Lewat qadha’ puasa:
2. Orang yang mati sebelum qadha’ puasa:
Orang-orang yang berikut dibawah ini adalah diwajibkan imsak, yakni menahan diri daripada makan minum waktu siang hari pada bulan ramadhan, sekalipun mereka itu dikira tidak mengerjakan puasa:
Orang-orang yang tidak wajib imsak:
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya :
Puasa tu mempunyai 3 darjah (tingkatan):
Hukum melakukan persetubuhan pada siang bulan ramadhan:
Kifarat kerana bersetubuh:
KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA Kelebihan Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah.” Surah Al-Baqarah : 185. Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat. Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan. Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah) Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
Syarat-syarat wajib puasa ada empat perkara:
Syarat-syarat sah puasa ada enam perkara:
Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa adalah:
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
Puasa tidak akan terbatal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
Perkara-pekara yang makruh dilakukan oleh orang yang berpuasa adalah:
Beberapa adab-adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:
Beberapa adab-adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:
Hukum-hukum meninggalkan puasa terbahagi kepada empat : 1. Wajib qadha’
2. Wajib qadha’ dan wajib membayar fidyah.
3. Tidak wajib qadha’.
4. Tidak wajib qadha’ tetapi wajib membayar fidyah.
Beberapa Catitan Penting : 1. Lewat qadha’ puasa:
2. Orang yang mati sebelum qadha’ puasa:
Orang-orang yang berikut dibawah ini adalah diwajibkan imsak, yakni menahan diri daripada makan minum waktu siang hari pada bulan ramadhan, sekalipun mereka itu dikira tidak mengerjakan puasa:
Orang-orang yang tidak wajib imsak:
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya :
Puasa tu mempunyai 3 darjah (tingkatan):
Hukum melakukan persetubuhan pada siang bulan ramadhan:
Kifarat kerana bersetubuh:
| ||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 7:37 AM 0 comments