Islam yang diturunkan oleh Allah pada semua adalah suci dan bersih
tampa lambang.pas.umno.pkr.bebas.maupun dap..jadi beragamalah kerana Allah yang maha esa,masuk syurga atau nereka nanti tiada bendera yang menjadi sokongan semasa didunia ini,,
oleh itu berhati hatilah jika kamu seorang yang beragama..kelak nanti kamu yang ternganga,
Tuesday, March 31, 2009
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 1:11 PM 0 comments
Sejarah ringkas peribadi Imam Nawawi
Namanya: Ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi. Lahir di Damsyiq, Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Menghafaz Quran sejak dari kecil. Setiap hari beliau mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu agama. Antara karangannya yang terkenal: Syarah Sahih Muslim, Riyadus Sàlìhin dll.
Kehidupannya sehari-hari adalah sekadar memelihara kesihatan badannya. Makan minumnya sehari semalam hanya sekali. Pendik kata beliau tidak sangat menghiraukan soal makanan, pakaian serta perhiasan, apa saja yang ada memadailah.
Keperibadiannya
Penuh dgn taqwa dgn erti kata sepenuhnya, wara'nya dan kebersihan jiwanya. Sebagai seorang ulama amatlah suka ditemui. Ada riwayat mengatakan keengganannya memakan sebarang jenis buah-buahan bukan sahaja kerana mengelak dari mengantuk tapi adalah juga kerana buah-buahan di Damsyiq waktu itu dianggapnya lebih banyak mengandungi shubhat.Pengusirannya
Imam Nawawi pernah diusir dari Syam akibat fatwanya yang tidak menyenangkan Sultan Al-Malik Al-Zahir [dari kerajaan Mamalik (hamba sahaja). Dari kerajaan Bani Ayyub]. Imam Nawawi bukanlah sebagai seorang ulama yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja atau ulama yang merasa bahagia dengan ketinggian ilmunya, tetapi tidak berani menghadapi masyarakat sekeliling dengan petunjuk dan nasihatnya. Imam Nawawi bukanlah dari golongan ulama yang mencari keuntungan dengan ilmu, dengan membiarkan masyarakat ummat didalam kejahilan dan asyik dalam kehonaran.Beliau memimpin umat, bukan umat memimpin beliau. Beliau memfatwakan kebenaran tidak pandang siapa pun juga, walaupun akibatnya merugikan kedudukannya. Kerana inilah tugas ulama yang dikatakan warithatul anbiyá, iaitu mempusakai ajaran nabi dan menyampaikannya.
Imam Nawawi selamanya hidupnya telah banyak menulis dan mengarang, mengajar dan menasihat. Terkemuka kerana kebenarannya, dikagumi kerana kejujurannya. Islam menurut falsafahnya adalah seluruh hidup, tidak bercerai dan berpisah dari hidup. Kerana ini, beliau selalu menyampaikan nasihat secara peribadi dan menulis beberapa pucuk surat kepada baginda Sultan Al-Malik Al-Zahir.
Menurut riwayat, beliau pernah menulis kepada baginda menerangkan keadaan negeri Syam pada masa itu, yang disifatkan sebagai amat mengancamkan keselamatan rakyat akibat kesempitan kehidupan dan melambung tinggi harga barang-barang keperluan. Diterangkan pendapat dan pandangannya secara ikhlas untuk segera bertindak bagi mengatasi keadaan itu. Tapi amat sayang! Tulisannya yang ikhlas itu tidak dinilai baginda, malah dipandangnya beliau seorang ulama yang suka mencampuri urusannya dan kerana itu beliau dianggap seorang yang tidak diingini.
Sikap baginda itu tidak mencemaskan beliau kerana hidupnya tidak mengharapkan sebarang kurnia dari baginda. Apa yang terjadi akibat fatwanya adalah kerana sudah sewajarnya, kerana kebenaran dengan kebatilan adalah dua hal yang bertentangan.
FATWA IMAM NAWAWI YANG MENGGEMPARKAN
Menurut riwayat bahawa apabila Sultan Al-Malik Al-Zahir tlh mengadakan persiapan perang utk memerangi orang-orang Tatar (Monggol) lalu digunakanlah fatwa ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Ulama fiqh negeri Syam tlh menulis menerangkan fatwa tersebut, tetapi baginda belum merasa senang hati kalau Imam Nawawi tidak memberi fatwanya.Baginda menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya bersama ulama fiqh mengenai pengambilan harta rakyat untuk peperangan. Beliau berterus terang tidak mahu memberi fatwanya dan enggan. Baginda bertanya: "Apakah sebabnya beliau enggan?". Lalu beliau memberi penjelasan kpd baginda menerangkan seperti berikut!
"Ampun tuanku! Adalah patik sememangnya mengetahui dgn sesungguhnya bahawa tuanku adalah dahulunya seorang tawanan tidak ada sebarang harta benda. Tetapi pertolongan Allah tlh dilimpahkan kurnianya kpd tuanku dgn dijadikan tuanku seorang raja. Ampun tuanku! Adalah patik telah mendengar bahawa tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap seorang mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 orang khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai. Andaikata tuanku sendirian membelanjakan kesemua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat."
Kesimpulannya, beliau berfatwa tidak membenar baginda mengambil harta rakyat selama kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan . Baginda Al-Malik Al-Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya beliau segera keluar dari Damsyiq.
Imam Nawawi terima saja perintah pengusirannya itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama Syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyiq, tetapi beliau enggan sambil berkata: 'Saya tidak akan balik ke Damsyiq selama baginda masih berkuasa."
Kisah ini memberikan kepada kita suatu gambaran yang jelas tentang keberanian jiwa seorang ulama yang tidak mahu mengejar pangkat dan kedudukan dan tidak rela mengorbankan kebenaran hukum kepentingan seorang dengan merugikan orang ramai.
Keberanian Imam Nawawi menegakan suatu kebenaran adalah sebaik-baik contoh kepada ulama, dimana mereka dikehendaki untuk mengatakan sesuatu yang benar menurut hukum walau kepada sesiapa pun jugadan mereka tidak boleh bersifat pengecut dan pengkhianat kebenaran semata-mata dipengaruhi seribu satu macam kebimbangan dan ketakutan.
Umat Islam kini memerlukan kepada ulama yang berjiwa besar seperti Imam Nawawi dan kita berharap semuga ada hendaknya mereka itu dalam kalangan masyarakat Islam untuk kebaikan agama dan umat.
Wafat Imam Nawawi pada 24 Rejab 676 Hijrah. Beliau telah berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada agama Islam dan umatnya.
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 9:12 AM 0 comments
TIDAK BOLEH CAKAP DUNIA, GELAK KETAWA DALAM MASJID
Sabda Nabi s.a.w. siapa bercakap hal dunia dalam masjid, gugur pahala malannya 40 tahun. Contoh cakap dunia adalah seperti sembang berkenaan bola dan muzik di dalam masjid.
Riwayat Ibnu Abbas, tertawa dalam masjid menyebabkan gelap dalam kubur. Kalau pernah berbuat demikian, taubat dan istigfarlah. Sahabat Nabi duduk diam dan tekun bila mendengar hadis dari Nabi, hinggakan daun gugur pun tidak disedari. Begitulah serius mereka dalam beragama.
“yad khulu ha illa kho ifin”
Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah
Kata Imam Ghazali dalam Ihya, sabda Nabi s.a.w, bercerita di dalam masjid mengurangkan kebajikannya seperti binatang memakan rumput.
Dalam hadis yang lain, tanda akhir zaman ialah manusia bercakap dengan suara tinggi di dalam masjid.
Malaikat benci kepada mereka yang bercakap perkara “lagha” iaitu perkataan yang tidak baik di dalam masjid. Apabila Malaikat benci sesuatu perkara maka Allah juga tidak suka perkara itu.
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 9:04 AM 0 comments
Sunday, March 29, 2009
Bab 1 ILMU TAUHID
Ilmu tauhid adalah satu ilmu yang membicarakan perihal 'aqaid yakni yang berkaitan dengan segala keyakinan juga kepercayaan dalam Islam dengan menyertakan dalil-dalil yang yakin
Ertikata lain bahawa tauhid ialah mengesakan jika dalam bahasa arab WAHADA-YUWAHIDU-TAUHID .Jadi bertauhid adalah ertinya mengesakan Allah ta'ala pencipta segala macam yang nampak dan tak nampak dialam semesta ini.bahawa Allah ta'ala tiada dua ,tiada tiga dan selebihnya melainkan satu,dengan ertikata lain tiada sekutu bagaiNya juga yang berkuasa diatas segala yang berkuasa.dengan itu wajib bagi segala manusia menyakini dengan seyakin-yakinnya bahawa Allah yang berkuasa tidak ada yang dapat menandinginya
Ilmu yang membicarakan soal soal yang berkaitan dengan kepercayaan dalam Isalam adalah dinamakan ilmu Tauhid.Soal yang paling peting dalam ilmu ini adalah mengenai adanya Allah ta'ala
yang maha Esa.adapun persoalan yang lain adalah nombor dua.oleh itu ilmu tauhid adalah bab yang terpenting dalam membicara hal-hal kepercayaan pada Allah ta'ala
Iman pada perihal adanya Allah ta'ala dan keEsaan dijamin memperolehi kebahagian hidup didunia juga pada alam akhirak .bahkanpula mereka yang mempercayai dengan sebulat keyakinan pada hatinya dan lisan pula membenarkan atas segala yang ada ini kerana adanya Allah ta'ala begitu juga perbuatannya mematuhi segala suruhan dan larangan
Dalam Alquran telah tercatum ayat-ayat yang membicara perihal keEsaan
spt surah
Al-Ikhlas
'katakalah Allah yang maha Esa'
(Ayat 1)
Note *katankanlah(wahai MUHAMMAD) (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa*
kekadang Ilmu tauhid juga disebut dengan Ilmu Usuludin dan ilmu Kalam
ILMU USULUDDIN
Ilmu usuludin ialah ilmu yang membicangkan atau membicarakan soal soal `aqaid yakni segala keyakinan dan kepercayaan agama islam disertai dengan dalil dalil yakin,usuludin `dasar dasar agama` ilmu yang membicarakan soal kepercayaan itu menjadi dasar agama islam
Kita dapat memahami dari syariat sehingga boleh dikatakan bahawa agama
ILMU KALAM
Ilmu kalam ialah ilmu yang membicara tentang `aqaid` segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama islam ,berdasarkan segala dalil dalil yang sudah yakin . sebagaimana yang difahami bahawa” Erti kalam itu sendiri adalah pembicaraan.yang mana ilmu yang membicarakan soal soal kepercayaan dinamakan ilmu kalam .sebab sebabnya pula “ Kerana sudah menjadi lumrah pada manusia bahawa soal soal kepercayaan menjadi buah pembicaraan yang hangat dikalangan mereka mereka yang mempunyai kepercayaan
dizaman dahulukala sudah terbukti manusia selalu membicangkan soal-soal kepercayaan bahkan ada yang meresap ketulang sungsum sehingga amat sukar untuk dihilangkan,sehinggakan membawa keakhir hayat segala kepercayaan yang telah meresap itu,untuk menjelaskan soal kepercayaan amatlah sukar malah memerlukan waktu yang berliku juga keterangan dan hujjah yang kuat sehingga dapat diterima oleh akal fikiran yang sihat.sebetulnya untuk menghuraikannya tidak semudah mengira bilangan sesuatu spt batu atau manusia
Maka ilmu yang membicarakan soal kepercayaan disebut ilmu kalam,ini kerana pembicaraannya amat sangat berliku liku..jadi Tauhid . usuluddin, ilmu Kalam.ketiga tiganya yang dimaksudkan ialah sama,yakni ilmu yang membahas soal kepercayaan semata mata
Ada juga orang menyebut ilmu Tauhid itu dengan Ilmu `Aqaid (ilmu ikatan.keyakinan,ataupun kepercayaan)kerana dalam ilmu pengetahuan ini ada fasal-fasal yang harus diikat erat-erat dalam hati kita,supaya menjadi kepercayaan yang teguh
Manakala ada juga yang menamakan ilmu ini dengan nama Ma`arifat..yakni ilmu mengenal Allah Ta`ala dengan segala sifatNya atau segala sifat kebesaran ,kerana dengan ilmu ini dapat mengetahui segala sifat- sifat Allah dengan keyakinan yang teguh
Ada pula menamainya dengan ilmu Hakikat,(ILMU SEJATI)Kerana ilmu ini menjelaskan hakikat segala sesuatu, sehingga dapat menyakini akan kepercayaan yang benar (hakiki)
kekadang ilmu ma`arifat dan hakikat juga dipakai untuk istilah dan pengertian yang lain
semuga berbahagialah mereka-mereka yang dapat memahami ilmu tauhid,kerana Tauhid menjadi panduan atau pedoman tertegaknya syariat Islam
*NOTE,,BAHAGIAN 2.AKAN BERSAMBUNG DENGAN TAJUK, TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAUHID
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 5:06 AM 0 comments
Monday, March 23, 2009
Kiai Khalil Abu Ammar pakar ilmu Arabiah di Selangor
|
Guru Kiai Khalil Ammar, Hadrutusy Sheikh Kiai Haji Hasyim Asy’ari juga merupakan pendiri pondok Tebu Irent, Jawa Timur. |
RUANGAN kali ini masih lagi membicarakan tokoh-tokoh ulama Selangor, ekoran daripada Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008, yang diadakan pada 22 November, baru-baru ini.
Program adalah anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Hasil dari seminar tersebut, dilihat ramai lagi ulama-ulama Selangor yang perlu diketengahkan dan dibicarakan kepada masyarakat umum.
Tokoh ulama yang dibicarakan pada kali ini ialah Kiai Khalil Ibnu Abu Ammar. Tokoh ulama tersebut telah ditulis dan dibentangkan oleh Ustaz Mahfuz Muhammad al-Khalil dalam kertas kerjanya yang berjudul, 'Kiai Khalil Ibnu Abu Ammar Dalam Lipatan Sejarah Perkembangan Ilmu di Selangor Darul Ehsan.’
Keseluruhan maklumat-maklumat mengenai ulama yang dibicarakan ini adalah dipetik daripada penulisan pembentang seminar tersebut. Antara yang dipetik daripada kertas kerja tersebut yang dimuatkan dalam ruangan ini adalah mengenai latar belakang kelahiran, pendidikan awal, karya penulisan dan kewafatan beliau.
Latar belakang kelahiran
Nama beliau ialah Ma'sum bin Muzayyin dan berasal dari Lasem Jawa Tengah, Indonesia. Lasem dikenali sebagai Tiongkok kecil kerana merupakan kota awal pendaratan orang Tionghoa di tanah Jawa. Beliau dilahirkan pada awal tahun 1990an, namun tanggal kelahiran beliau tidak dapat dipastikan secara tepat.
Penukaran nama kepada Muhammad Khalil adalah kerana mengambil tabarruk guru yang dikasihinya yang bernama Kiai Khalil Bengkalan yang berasal dari Pulau Madura Jawa Timur.
Maka masyhurlah nama beliau di Malaya pada ketika itu dengan nama Kiai Khalil Bin Abu Ammar. Sementara ayahnya iaitu Kiyai Muzayyin, menukar nama kepada Kiai Abu Ammar selepas menunaikan haji di Mekah al-Mukarramah.
Ini kerana telah menjadi adat masyarakat Jawa akan menukar nama yang baru setelah menunaikan haji. Ia juga berkemungkinan tabarruk nama panggilan baru dengan tanah suci Mekah yang penuh barakah.
Pendidikan awal
Beliau mula belajar di Pesantren Rembang dan kemudian berpindah ke Pesantren Pati, dan akhir sekali di Tebu Ireng Jombang Jawa Timur. Dikatakan pada awal pengajiannya, beliau selalu cuai dalam belajar. Sikap beliau tersebut sampai kepada pengetahuan bapanya, lalu beliau dipanggil pulang dan diserahkan tugas memelihara kambing ternakan.
Setelah melalui tugasan tersebut, maka beliau menyedari bahawa peritnya sebagai penggembala kambing. Ekoran itu, beliau memohon kepada ayahnya untuk kembali meneruskan pembelajaran di pondok.
Di Pondok Tebu Ireng , beliau telah berguru dengan Kiai Hasyim Asy'ari. Kiai Hasyim Asy'ari adalah seorang ulama terkenal di Indonesia dan merupakan salah seorang pengasas Nahdhatul Ulama (NU).
Di samping itu, Kiai Khalil turut berguru dengan Kiai Khalil Bengkalan/Madura, iaitu ulama yang diambil tabarruk namanya.
|
Kiai Ma’sum bin Muzayyin @ Kiai Khalil bin Abu Ammar |
Kiai Khalil Bengkalan/Madura merupakan guru kepada Kiai Hasyim Asy'ari sewaktu beliau belajar di daerah Madura. Namun terjadi satu peristiwa pelik di mana Kiai Khalil Bengkalan datang untuk berguru dengan bekas anak muridnya di Tebu Ireng. Puas ditolak namun Kiai Khalil Bengkalan tetap dengan pendiriannya untuk berguru dengan Kiai Hasyim Asy'ari. Akhirnya permintaannya itu dipersetujui beliau. Kiai Khalil Bengkalan/ Madura adalah seorang yang mahir dalam pelbagai ilmu, terutama dalam ilmu Nahu, Sorof, Balaghah, Fiqh dan lain-lain.
Hasil perguruan ulama yang dibicarakan ini dengan Kiai Khalil Bengkalan/Madura tersebut, beliau mempunyai kemahiran yang agak luar biasa dalam ilmu nahu bahasa Arab. Antara kitab yang menjadi kebiasaan dalam kelasnya ialah kitab Alfiah. Hal ini turut diperakui sendiri oleh Sheikh Mahmud al-Bukhari, yang menyatakan bahawa kemahirannya mendatangkan syahid dalam masalah nahu Arab, sehingga digelar sebagai Khalil Imran.
Menurut Ustaz Ahmad Mukhit, iaitu Mu'allim Indra Wangsa, menyatakan bahawa Kiai Khalil belajar hanya tiga tahun sahaja. Namun dalam masa tersebut beliau dikurung oleh gurunya dan menghabiskan seluruh masanya untuk mempelajari pelbagai ilmu. Dikatakan beliau tidak tidur sepanjang malam untuk mentelaah kitab-kitab sehingga menjelang Subuh. Bahkan, beliau juga dikatakan mendapat ilmu secara ladunni.
Karya penulisan
Kiai Khalil bin Abu Ammar juga menghasilkan karya-karya penulisan yang banyak. Boleh dikatakan hampir kesemua karya penulisan beliau adalah berasal daripada tulisan tangan beliau sendiri.
Berdasarkan penemuan karya penulisan tersebut, dilihat beliau banyak menghasilkan karya-karya dalam bidang-bidang tertentu iaitu ilmu nahu bahasa Arab, ilmu Falak, ilmu Qawa'id Fiqh dan sebagainya.
Kewafatan
Ketika berusia lebih 70 tahun, beliau kembali ke rahmatullah pada penghujung tahun 1978 selepas menunaikan haji bersama isteri, Nyai Salbiah dan anak perempuan mereka, Hajah Sofiyyah di Mekah. Jasadnya telah disembahyangkan di hadapan Kaabah dan dikebumikan di perkuburan Ma'la.
Penutup
Disebabkan kepadatan ruangan ini, maka banyak lagi maklumat-maklumat yang terdapat dalam kertas kerja tersebut tidak dapat dibicarakan selanjutnya. Namun, maklumat-maklumat lainnya boleh diperoleh dengan merujuk kertas kerja tersebut yang dihimpunkan dalam satu buku dengan judul Prosiding Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008, terbitan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
www.ulama-nusantara-baru.blogspot.comPosted by MUHAMMAD AZHARI at 1:45 PM 0 comments
Sunday, March 22, 2009
Qaaf
[1]
Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).
[2]
(Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!
[3]
"Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)".
[4]
(Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catitan segala perkara yang berlaku).
[5]
(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.
[6]
(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? -
[7]
Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?
[8]
(Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).
[9]
Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai;
[10]
Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya;
[11]
(Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).
[12]
Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu - kaum Nabi Nuh, dan "Ashaabur-Rassi" serta Thamud (kaum Nabi Soleh), telah juga mendustakan Rasul masing-masing,
[13]
Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi Lut,
[14]
Dan juga penduduk "Aikah", serta kaum " Tubba' "; tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepadanya), lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.
[15]
(Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak! Dan merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baharu.
[16]
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
[17]
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
[18]
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
[19]
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
[20]
Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.
[21]
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
[22]
(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
[23]
Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)".
[24]
(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; -
[25]
"Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum ugama, lagi yang meragukan kebenaran,
[26]
"Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".
[27]
(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".
[28]
Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).
[29]
"KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".
[30]
(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"
[31]
Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).
[32]
(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);
[33]
"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".
[34]
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".
[35]
Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).
[36]
Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?
[37]
Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.
[38]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
[39]
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
[40]
Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.
[41]
Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),
[42]
Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.
[43]
Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
[44]
Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.
[45]
Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 3:19 AM 0 comments
Tuesday, March 17, 2009
Sunday, March 15, 2009
chek hati kite
Kenali Hati, Tingkatkan Diri
Dunia ini tidak seluas samudra, tidak seterang rembulan, tidak segamblang yang kita pikirkan…. Karena selain kehidupan dunia yang tampak di sekitar kita, ternyata terdapat ‘dunia lain yang tak kalah luasnya. Dunia ini penuh dengan pernak-pernik masalah, tersembunyi dari pandangan mata, sukar untuk diungkap dan ditebak. Kerahasiaannya membuat banyak manusia enggan dan berpaling darinya. Cuek dan membiarkannya berjalan apa adanya sesuai dengan kemauan dunia itu sendiri.
Namun ternyata, dunia ini sangat menentukan kehidupan kita. Hitam putihnya dunia…kebahagian atau kesengsaraan kehidupan kita…sangat dipengaruhi kebijakan dari dunia ini. Jadi gak ada pilihan lain untuk kita kecuali kita harus peduli dengan wujud dari kehidupan lain itu.
Yap…kehidupan yang lain itu adalah dunianya hati or jiwa. Hati inilah yang paling berperan membawa manusia kepada kebahagiaan. Ia juga yang dapat membawa manusia kepada kesengsaraan hidup. Menentukan pemiliknya berbuat kebaikanb or kerusakan di muka bumi ini. Hati yang baik akan membuat pelakunya berbuat kebaikan dan juga sebaliknya sebaliknya.
Baik buruknya hati seseorang sagatlah terkait dengan hidup atau tidaknya hati tersebut. Berkaitan dengan hal itu, para ilmuwan Islam mengklasifikasikan hati sesuai dengan kehidupannya menjadi tiga kriteria, yaitu:
1. Hati Yang Sehat
Hati yang sehat adalah hati yang memiliki kehidupan sempurna. Hidup dengan cinta yang benar kepada Allah, taat dengan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Takut kepada murka Allah dan azab Allah yang dijanjikan kepada pendurhaka. Berharap pula dengan ridho Allah. Kita akan mendapatkan orang yang memiliki hati yang sehat ini dengan ciri dan karakter sebagai berikut:
a. Senantiasa bersemangat dalam menjalankan ketaatan pada Allah semata, dan manjauhi kemaksiatan kepada Allah, sehingga setiap nafas dan aktivitasnya adalah untuk menggapai ridho Allah.
b. Menjaga akhlak pergaulan.
c. Menjaga mata, telinga, tangan dan seluruh anggota tubuhnya untuk tidak melakukan hal-hal yang terlarang akan tetapi digunakan untuk melakukan kebaikan.
Harapannya pun tinggi yaitu ridha dan surga Allah. Itulah hati yang hidup dengan sempurna, yang mengantarkan pemiliknya kepada kebahagiaan hakiki di dunia maupun di akhirat. Yang memberikan manfaat bagi pemiliknya pada hari yang sangat berat yaitu akhirat. Inilah hati yang kita harapkan bersemayam di dalam diri kita, bukan jenis hati yang lain…
”Pada hari dimana harta dan anak-anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat (sehat).” (QS. Asy-Syu’ara:88-89).
2. Hati Yang Mati
Kebalikan dari hati yang pertama, hati jenis ini tiada tanda kehidupan sama sekali. Isinya hanyalah kegersangan dan ketandusan semata. Sesuai dengan namanya, maka kandungan dalam hati ini adalah kematian. Hati yang mati tiada sama sekali kenal dengan pencipta-Nya, apalagi mengingat atau mengagungkan-Nya. Muatan hati ini adalah kekotoran dan kebusukan sebagaiman sebuah tubuh yang telah dicabut ruhnya. Bau busuknya pun menyebar kemana-mana menyakiti orang-orang yang menciumnya. Maka kita akan dapatkan pemilik hati yang mati ini tidaklah berbuat sesuatu kecuali karena komando hawa nafsunya. Syaitan akan menjadi kawan karibnya yang mendampingi dan menemani kemana pun sang pemiliknya pergi. Hingga akhirnya syetan pun akan mengajaknya untuk terjun kapada kesengsaraan hakiki yaitu neraka. Inilah hati milik orang-orang kafir dan munafikin…naudzubillah min dzalik.
3. Hati Yang Sakit
Hati yang sakit mengumpulkan ciri kehidupan dan kematian sekaligus. Sebenarnya ia masih hidup namun kehidupannya tidak sempurna karena adanya penyakit yang menganggu kesehatannya. Hati yang sakit ini di satu sisi masih ada rasa cinta kepada Allah, mengagungkan dan taat kepada-Nya. Namun di sisi lain, ketaatan itu digerogoti oleh penyakit yang berupa perasaan cinta dunia, perbuatan maksiat, rasa tamak, sombong, iri, dengki, de el el. Apa yang menyebabkan hati ini sakit??? Tidal lain adalah kemaksiatan dan dosa. Sebuah dosa akan menyebabkan sebuah penyakit, dosa yang lain akan menyebabkan penyakit lagi. Demikian seterusnya, ketika seseorang menumpuk dosa dan kesalahan maka semakin bertumpuk penyakit dalam hatinya. Sebagaimana tubuh yang tertimpa penyakit berat dan tak tertangani, maka tubuh akan semakin lemah tak berdaya dan akan rentan terhadap panyakit lain. Hati manusia pun demikian, ketika hati sakit, maka penyakit-penyakit yang lain pun dengan leluasanya masuk dan menguasai hati. Inilah keadaan hati yang sakit, ia bisa bertambah parah hingga menjadi hati yang mati. Namun, hati ini pun bisa sehat kembali, tentu kalau diberikan terapinya. Terapi untuk penyakit hati ini tentu berbeda antara orang satu dengan orang lainnya, tergantung jenis penyakit yang diderita. Lalu bagaimana kita bisa mengetahui jenis penyakit yang ada dalam diri??? Tentu yang pertama yang harus kita lakukan adalah mencoba merenung, mencari tahu ke dalam dasar hati kita, ada yang lain gak yaa… kalo gak bisa mendiagnosis juga, kita bisa konsultasi dengan dokter spesialis hati, yang tak lain adalah para ulama Islam yang buka praktek pada majlis-majlis ilmu. Namun yang terpenting dalam upaya penyembuhan hati adalah kemauan dari dalam diri individu masing-masing.
Itulah beberapa jenis hati manusia, kini tinggal kita lihat dari dalam diri kita, pada kelompok manakah hati kita??? Sudahkah tergolong hati yang sehat??? Jika belum, maka selagi nafas belum meninggalkan diri, kita harus mencoba memperbaiki hati untuk menjadi pribadi yang terbaik dan diridhoi Allah.
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 8:32 AM 0 comments
Labels: www.dkmfahutan.wordpress.com
Assalamualaikum
Peneroka ilmu usuluddin ialah:Abu Hasan `Ali - Asy`ari dan Abu Mansur al- Matrudi jasa mereka amat besar dalam bidang Usuluddin dunia Islam dulu kini dan selama selamanya untuk ahli sunnah wal - Jama`ah iatu peraturan yang dipegan oleh Rasulullah SAW
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 1:01 AM 0 comments
Wednesday, March 11, 2009
Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat
Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
|
Posted by MUHAMMAD AZHARI at 12:24 PM 0 comments