CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 23, 2009

PERGAULAN DAN PERSAHABATAN

**Keutamaan pergaulan dan persaudaraan**

Ketahuilah bahawasanya pergaulan itu adalah buah daripada kemurnian budikeperti,manakala perpecahan pula adalah buah daripada kejelekan budikeperti.Maka kebaikan dan kemurnian budikeperti itu menularkan sikap saling cinta mencintai,bersatu padu antara satu dengan yang lain dan berhaluan satu,manakala kejelekannya budikeperti membuahkan sikap saling benci membenci,dengki antara satu yang lain dan bermusuh-musuhan

Mengenai kebaikan budikeperti ini,sudah tidak sampai lagi keutamaan dalam agama, sebab dengan sifat inilah Allah subhanahuwataala telah memuji nabi-Nya alaihi al-salam dalam Firman-Nya
“sesungguhnya engkau memiliki budikeperti yang luhur”

Al-Qalam:4

Rasulullah s.a.w bersabda:
“kebaikan sebab memasukkan manusia kedalam syurga,ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budikeperti”

Sabdanya lagi:
“aku diutus untuk menyempurnakan kebaikan kebaikan budikeperti”

Dengan itu sudah jelaslah,bahawa buahnya budikeperti yang baik menimbulkan rasa perpaduan dan menghalang rasa kesepian jiwa.dalam hal ini terdapat banyak huraian yang menyimpulkan berbagai bagai kepujian terhadap sikap perpaduan itu,terutama sekali bila yang menyebabkan ikatan itu,ialah takwa atau agama atau cinta kepada Allah.
Kepujian kepujian itu ada yang terdiri daripada ayat – ayat al-quran,hadis-hadis rasulullah s.a.w atau *atsar para sahabat dan tabiin semuanya cukup dan lengkap
*( Al-Atsar(atsar)
Dari segi bahasa bermaksud kesan sesuatu. Manakala dari segi istilah pula, ia bermaksud,sesuatu perkataan atau perbuatan sahabat dan tabiin.)

Allah subhanahuwataala berfirman untuk memperlihatkan kebesaran kurniaan keatas kaum mukmin: firman-Nya
“maka kamu sekalian,dengan sebab kurnian itu menjadi saudara”

Al-Imran:103

Maksud dari ayat tersebut ,ialah kurnia perpaduan antara satu dengan yang lain,Allah subhanahuwataala mencela perpecahan,dan menegah dengan keras sikap itu dalam
firman-Nya
“Berpegan teguhlah dengan tali Allah bersama-sama dan janganlah berpecah belah”

Al-imran:103

Rasulullah s.a.w pula bersabda
“sesunggunya orang yang paling hamper kepadaku,ialah orang yang paling terbaik budikepertinya.mereka yang bersikap merendah diri dansenang bermesera dan dimesrai”

Sabdanya lagi
“seorang mukmin ialah orang yang senang bermesera dan dimeserai,dan tiada gunanya pada orang yang tidak tahu bermesra dan tidak suka dimeserai”

Sabdanya lagi
“siapa yang dikehandaki oleh Allah kebaikan baginya,dikurniakannya teman yang soleh,apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu”

Sabdanya lagi
“Tiadalah dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah,melainkan yang lebih dicintai oleh Allah,ialah orang yang lebih banyak cintanya kepada rakanya”

Sabdanya lagi
“sesungguhnya Allah subhanahuwataala telah berkata:sudah pastilah kencintaan-Ku itu terhadaporang-orang yang ziarah menziarahi kerana-Ku,sudah pastilah kencintaan-Ku itu terhadap orang - orang yang cinta mencintai kerana-Ku.sudah pastilah kencintaan-Ku terhadap orang-orang yang bersusah payah kerana-Ku,sudah pastilah kecintaan-Ku itu terhadap orang-orang yang tolong menolong kerana-Ku”

Sabdanya lagi
“sesungguhnya orang yang amat dicntai oleh Allah,ialah orang yang senang bermesra-mesra dan senang dimeserai dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka memecahbelahkan antara sesama saudara”

Dari atsar pula apa yang diriwayatkan dari al-“Fadhil rahimahullahutaala,katanya:
Eangkau ingin menetap dalam syurga firdaus dan harap bertetangga dengan Allah dalam rumah-Nya(syurga) bersama sama para nabi dan shadiqiin,syuhada dan shalihin ! amalan apakah yang anda kerjakan? syahwat manakah yang telah anda tinggalkan? Kemarahan yang mana satukah anda telah menahan diri? Keluarga yang manasatukah yang anda perhubungkan ? kekhilafan saudaramu sudahkan anda maafkan? Orang dekat yang manakah yang anda jauhkan kerana mencari keredhaan Allah?dan dengan orang jauh yang mana telah anda dekatkan kerana mencari keredhaan Allah!”
Dia berkata lagi:seorang yang mengamatamati wajah saudaranya kerana cinta dan rahmat adalah melakukan suatu ibadah

Menentukan cinta kerana Allah
Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah sematamata,bila anda mencintai seseorang bukan kerana peribadinya malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya
Misal cinta ini ialah:seorang yang mencintai gurunya,sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalanya,sedangkan tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan amalan yang baik itu,ialah keselamatan diri dihari akhirat.inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-semata

Misal yang lain ialah:seorang guru yang mencintai muridnya,sebab kepadanya guru itu dapat menurunkan ilmu pengetahuan,dan dengan sebab itu pula guru itu memperolehi pangkat seorang pendidik atau guru,orang ini juga dikira cinta kerana Allah sematamata

Begitu pula orang yang bersedekah dengan hartabendanya kerana menuntut keredaan Allah atau orang yang suka mengudang tetamu dirumahnya lalu menghidangkan berbagai bagai makanan yang lazat semata mata ingin mendekatkan diri pada Allah,kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya
Kerana kemahirannya menyediakan makanan yang lazat,cinta ini juga dikira sebagai cinta pada Allah

Misal yang lain lagi seperti orang yang suka menyampai sedekah kepada orang yang memerlukan,maka perilakunya juga dikira cinta kerana Allah atau orang yang mencintai pekerja yang membantu menyucikan pakaiannya,membersikan rumahnya,memasakan makananya yang mana ia terlepas dari tugas itu dan senanglah ia untuk menuntut ilmu atau membuat pekerjaan yang lain sedangkan tujuan utama mengadakan pembantu hanyalah tak lain ingin melapangkan masa untuk memperbanyakan ibadah dan orang ini juga dikira cinta kerana Allah
Cukup lah dengan contoh contoh yang telah dipaparkan atau boleh juga diambil dari contoh lain asalkan ia adalah kerana Allah juga direda

Segolongan para salaf soleh yang terdahulu sering kali segala keperluan ditanggung oleh hartawan yang murah hati , jadi dalam hal ini kedua dua pihak tergolong dari pencinta pencinta yang mencari keredhaan Allah

Jika seorang lelaki telah menikahi wanita yang soleh untuk mengawal dari godaan syaitan serta memelihara iman atau mendambakan seorang anak yang soleh dari pernikahan mereka atau mencintai isterinya kerana menerusi siterinya dia dapat sampai kearah yang suci ia juga dikira pencinta kerana Allah

Demekianlahpula jika seseorang itu dalam hatinya cinta kerana Allah dan dunia,sebagaimana mereka yang mencintai guru yang telah mendidiknya kearah wawasan ilmu yang dapat membibing menuju keredhaan Allah,lalu ia mencukupi segala keperluan gurunya didunia dengan wang ringgit dan juga berbagai kemudahan lain sekadar yang mampu,maka ia juga dikira mencintai kerana Allah

Mengertilah bahawa syarat syarat mencintai Allah itu bukanlah meninggalkan segala kekayaan dunia ini,ini kerana para Nabi juga sering menyeru umatnya agar berdoa meminta pada Allah taala semuga dicukupi segala keperluan dunia dan akhirat

Sepertimana yang diketahui oleh semua bahawa Allah menyeru kepada hambanya agar meminta minta pada-Nya,begitu juga para nabi nabi terdahulu dan terakhir juga menyuruh umatnya meminta pada Allah disamping berusaha dan bertawakal.

Sebagai contoh”marilah sama kita renungi sepotong Qalam Allah
“wahai tuhan kami! Berikanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat”

Untuk renungan dan pengajaran bersama,bahawa harta dunia ini juga amat diperlukan,kerana dengannya dapatlah membantu meringankan mereka mereka yang patut dibantu demi kebaikan.Hasilnya juga baik dinegeri akhirak nanti

Kerana segala yang ada ini merupakan rahmat yang diberi pinjam oleh Allah kepada Manusia
Dalam sebuah doa yang diketahui umum bahawa ada menyebut kerahmatan,ini bermakna dengan kerahmatan Allah itulah juga adanya apa yang dimiliki olehsemua makhluk ini
“ya! Allah ya! Tuhanku sesungguhnya daripada mu kerahmatan yang dengannya aku boleh memperolehi pangkat kerahmatan-Mu didunia dan akhirat”

Bila rasa kencintaan pada Allah telah kukuh dihati dengan berbagai bagai darjat disisi Allah,maka balasan kebaikan juga berbeza dari maha Adil dan saksama sebagai mana Nabi s.a.w menegaskan, bahawa kamu akan menerima apa yang kamu lakukan”dengan pengertian ini juga kefahaman akan timbulah perasaan suka membantu dan menolong samada dengan harta benda,tenaga,kata-kata nasihat dan berbagai-bagai malah ada yang tidak memiliki kepentingan lagi kerana sudah habis dibelanjakan untuk membantu orang yang dicintai
Manakala ada juga yang menentukan sebahagian keperluan untuk diri dan sebahagian yang lain deserahkan kepada orang yang dicintai,dan ada juga mereka yang membahagi dua harta kekayaan,dan ada yang membahagi satu pertiga,satu persepuluh juga berbagai bagai cara lagi. Begitulah watak- watak para pencinta Allah

Mereka yang mencintai kerana Allah,akan merasa amat bersalah dan duka cita yang amat, jika berlaku kekhilafan.Mereka juga sanggup berjumpa dengan orang yang terkhilaf itu untuk menjelaskan dan memohon kemaafan juga berjanji hal seperti yang dimaksudkan tidak akan berulang.Manakala ada juga yang sama-sama terus melupakan jika berlaku kekhilafan dan terus menerus mencintai kerana Allah

Wallahua`lam

Sifat yang harus diperhatikan dalam memilih sahabat

Ya! Kita selalu berkata”kawan gembira senang dicari,kawan menangis susah didapati”memang diakui oleh semua lapisan masyarakat.mengapa ia berlaku.Adakah tersalah pilih atau kurangnya sifat berhati-hati.lihat apa yang telah digariskan dalam kitab”Bimbingan mukmin”
Ketahuilah bukan semua manusia patut dijadikan sahabat yang akrab
Nabi s.a.w bersabda:-
“seseorang itu atas agama(perjalanan)rakanya.hendaklah seseorang kamu memerhatikan

Thursday, August 13, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah.” Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria’.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Syarat-syarat wajib puasa ada empat perkara:

  • Islam – orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
  • Sampai umur – kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa.
  • Berakal (siuman)-orang yang gila tidak wajib berpuasa.
  • Berkuasa (berdaya) berpuasa – orang yang sakit merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.
  • Bermukim – orang yang dalam pelayaran (musafir) lebih daripada dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada’nya di hari yang lain.

Syarat-syarat sah puasa ada enam perkara:

  • Islam – tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad.
  • Berakal atau mumaiyiz – tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz.
  • Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa.
  • Berniat tiap-tiap malam.
  • Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.
  • Pada hari yang sah puasa – tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa.

Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa adalah:

  • Menyegerakan berbuka puasa manakala telah yakin masuk matahari.
  • Berbuka puasa dengan buah tamar atau benda-benda manis, dan jika tidak didapati dengan air.
  • Membaca do’a yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Makan sahur
  • Menta’khirkan (melambatkan) makan sahur, tetapi janganlah sampai masa yang disyak naik fajar.
  • Mandi kerana mengangkat hadath besar sebelum fajar.
  • Membanyakkan bersedekah dan ibadah seperti membaca Al-Quran, sembahyang sunat seperti Tarawih dan Witir.
  • I’tikaf.

Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :

  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
  • Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
  • Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
  • Kedatangan haid atau nifas.
  • Gila sekalipun hanya sekejap masa.
  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
  • Bersalin.
  • Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan

Puasa tidak akan terbatal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :

  • Menelan air liur yang bersih dan dimaafkan orang yang gusinya selalu berdarah.
  • Bersuntik.
  • Termasuk debu atau tepung yang halus ke dalam rongga.
  • Termasuk lalat atau nyamuk dan seumpamanya ke dalam rongga.
  • Termasuk air berkumur-kumur atau air yang dihisap ke hidung dengan tidak bersangatan.
  • Termasuk air mandi wajib atau mandi sunat, tetapi batal puasa jika mandi bersejuk-sejuk dan bersukaria.

Perkara-pekara yang makruh dilakukan oleh orang yang berpuasa adalah:

  • Menggosok gigi selepas gelincir matahari.
  • Merasa makanan-takut sampai ke rongga.
  • Memamah sesuatu-kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
  • Mencium atau mengkucup isteri.
  • Banyak berkumur-kumur.
  • Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain.

Beberapa adab-adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:

  • Jangan banyak berludah.
  • Jangan membuang masa dengan berbual-bual kosong dan melakukan perkara tidak berfaedah.
  • Menghindar diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
  • Menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram.
  • Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut dan kotor.
  • Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki dari berjalan ke tempat-tempat maksiat.
  • Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka.
  • Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya.
  • Jangan banyak tidur, terutamanya pada siang hari.

  • Kedatangan haid dan nifas.
  • Sakit yang membahayakan.
  • Sakit yang tiada harapan sembuh.
  • Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan.
  • Dalam perjalanan (safar) sejauh dua marhalah atau lebih.
  • Tua yang tidak berdaya untuk berpuasa.
  • Kandungan dalam perut bagi perempuan.
  • Menyusukan anak kecil.

Hukum-hukum meninggalkan puasa terbahagi kepada empat :

1. Wajib qadha’

  • Kedatangan haid dan nifas.
  • Sakit yang membahayakan.
  • Tersangat lapar dan dahaga.
  • Dalam perjalanan.
  • Pitam.
  • Mabuk.
  • Mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
  • Menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.

2. Wajib qadha’ dan wajib membayar fidyah.

  • Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
  • Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.

3. Tidak wajib qadha’.

  • Kafir (tidak beragama Islam)
  • Kanak-kanak.
  • Gila

4. Tidak wajib qadha’ tetapi wajib membayar fidyah.

  • Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya.
  • Tua yang tidak kuasa (daya) berpuasa

Beberapa Catitan Penting :

1. Lewat qadha’ puasa:

  • Jika lewat qadha’ puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha’ puasa itu.

2. Orang yang mati sebelum qadha’ puasa:

  • Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha’nya, tidak wajib diikut dengan qadha’ atau fidyah dan tidak berdosa.
  • Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha’ puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha’kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.
  • Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita – beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin.

Orang-orang yang berikut dibawah ini adalah diwajibkan imsak, yakni menahan diri daripada makan minum waktu siang hari pada bulan ramadhan, sekalipun mereka itu dikira tidak mengerjakan puasa:

  • Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja.
  • Orang yang meninggalkan berniat puasa pada waktu malamnya.
  • Orang yang kesiangan pada makan sahurnya.
  • Orang yang berbuka kerana menyangkakan masuk matahari rupa-rupanya masih siang.
  • Orang yang menyangkakan 30 Sya’ban, kemudian ia mengetahui telah masuk satu ramadhan.
  • Orang yang berlebih-lebihan pada berkumur-kumur dan masuk air ke dalam hidungnya.

Orang-orang yang tidak wajib imsak:

  • Kanak-kanak yang hampir baligh.
  • Orang gila ketika sembuh.
  • Orang kafir pada ketika masuk Islam.
  • Orang yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai ke tempat yang dituju.
  • Orang yang sakit pada ketika sembuh.

Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya :

  • Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.
  • Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.
  • Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.
  • Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
  • Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.
  • Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.
  • Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
  • Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
  • Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
  • Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.

Puasa tu mempunyai 3 darjah (tingkatan):

1.

Puasa ‘Umum’

  • Puasa kebanyakan orang hanya dengan menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya.

2.

Puasa ‘Al-Khusus’

  • Berpuasa dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

3.

Puasa ‘Khususul Khusus’

  • Berpuasa dengan cara memelihara segala perkara yang tersebut di atas tadi, sambil menjaga hatinya daripada berfikir mengenai hal ehwal dunia dan sifat-sifat riak, ‘ujub, takabbur dan lain-lainnya.

Hukum melakukan persetubuhan pada siang bulan ramadhan:

1.

Persetubuhan itu akan membatalkan puasa jika dilakukan dengan sengaja (dalam keadaan sedar) sekali pun tidak keluar mani.

2.

Menyebabkan wajib membayar kifarat (denda) selain mengqadha’ puasa bagi orang yang melakukan persetubuhan (pihak lelaki sahaja) jika sekiranya:

  • Persetubuhan dilakukan pada siang hari.
  • Persetubuhan dilakukan dengan sengaja (tidak kerana lupa atau dipaksa)
  • Puasa yang dilakukan pada bulan ramadhan (bukan kerana nazar, kifarat, puasa qadha’ ramadhan dan lain-lainnya).
  • Tidak didahului oleh pembatalan puasa dengan makan dan minum dan seumpamanya.

Kifarat kerana bersetubuh:

1.

Banyak kifarat disediakan bagi banyak hari – bukan banyak kali persetubuhan dilakukan. Ertinya, jika seseorang itu bersetubuh beberapa kali dalam sehari, maka diwajibkan hanya satu kifarat sahaja, dan jika bersetubuh dua hari, diwajibkan dua kifarat dan demikianlah seterusnya.

2.

Satu kifarat atau denda bagi orang yang melakukan persetubuhan ketika berpuasa pada bulan ramadhan ialah:

  • Memerdekakan seorang hamba yang mukmin, jika tidak kuasa;
  • Wajib berpuasa dua bulan berturur-turut, jika tiada kuasa;
  • Wajib memberi sedekan 60 cupak makanan asasi kepada 60 orang miskin secupak seorang.